PENGENALAN TABUNG BANTUAN KEBAJIKAN WARGA SABAH FASA1 2010


Tabung Kebajikan Warga Sabah (TKWS) yang ditubuhkan pada 2006 telah ditamatkan pada November 2009.Tabung ini banyak membantu warga Sabah yang bekerja di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Tabung TKWS ini bersifat tolong-menolong antara Sabahan yang ditimpa musibah seperti kematian ibu bapa,kemalangan ahli berdaftar dan juga kematian ahli.Sumbangan berbentuk derma ikhlas hanya akan dikutip oleh AJK TKWS jika ada ahli yang benar-benar ditimpa musibah seperti yang dinyatakan dalam borang kemasukan atau ketika pendaftaran ahli dibuat.Tabung Kebajikan Warga Sabah (TKWS) mempunyai 35 orang ahli jawatankuasa dan seramai 304 orang ahli berdaftar sehingga November 2009.TKWS ini juga banyak mengajar warga Sabah untuk saling bantu- membantu dan hormat-menghormati sesama rakyat Malaysia.Walaupun Tabung Kebajikan Warga Sabah (TKWS) ini telah pun dibubarkan Organisasinya pada November 2009,namun satu lagi Tabung Kebajikan Warga Sabah akan dilancarkan pada 10 February 2010. Tabung baru ini akan diberi nama Bantuan Kebajikan Warga Sabah”(BKWS).Bantuan kebajikan warga sabah ini akan dibuka pendaftarannya pada 01 February 2010 hari Isnin jam 8.00 pagi. Sila berjumpa AJK BKWS Srimuda Zon B.Warga Sabah yang bekerja sekitar Shah Alam amat dialu-alukan untuk menyertai tabung bantuan kebajikan ini demi kebaikan bersama.Yuran pendaftaran sebanyak RM 10 dan yuran keahlian untuk setahun telah ditetapkan sebanyak RM60.00(enam puluh ringgit sahaja).Pembayaran mestilah dijelaskan sepenuhnya ketika membuat pendaftaran.Pendaftaran akan dibuka selama seminggu dan tarikh tutup pendaftaran ialah pada 08 February 2010. Seminggu setelah pendaftaran ditutup pihak kami akan menghantar surat terus kepada ahli yang telah mendaftar.Dalam surat tersebut akan dilampirkan jumlah bantuan mengikut jenis kemalangan yang telah dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa tabung bantuan kebajikan ini.Semua yuran keahlian yang kami terima akan dimasukkan kedalam Bank dengan menggunakan akaun bersama.Pemegang Akaun Simpanan ini terdiri dari empat orang AJK yang telah dilantik oleh Pengerusi Bantuan Kebajikan Warga Sabah ini.Dalam jangka masa setahun jika tidak ada kes berlaku kepada ahli BKWS ini dan ada ahli yang ingin menamatkan keahliannya maka pihak BKWS akan mengembalikan yuran keahliannya selama setahun iaitu RM60.00. Bagi ahli yang ingin meneruskan keahlian ini, maka yuran pendaftaran akan dikenakan sebanyak RM:10.00 sahaja.Tetapi jika tabung bantuan ini telah memberi bantuan kebajikan lebih dari tiga kes maka yuran keahlian anda tidak akan dikembalikan. Kurang daripada tiga kes, separuh yuran akan dikembalikan. Pengemas kinian Akaun atau Pembentangan Akaun akan dibuat pada 08 Januari 2011 dan seminggu sebelum itu pendaftaran baru bagi tahun 2011 pula akan dibuka iaitu pada 01hb sehingga 07 Januari 2011.

AHLI JAWATANKUASA BKWS 2010

SILA KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SENARAI VIDEO KAMI

Derma BKWS kepada saudara Ramli

>> Wednesday, March 2, 2011


Kes terbaru yang dibantu oleh Bantuan Kebajikan Warga Sabah(BKWS)ialah saudara Ramli Agindi dimana Ibunya telah kembali kerahmatullah pada 20 februari 2011 di Hospital Keningau.
Saudara Ramli mendapat kutipan derma Ikhlas dari Ahli BKWS sebanyak RM595 dan RM200 dari tabung BKWS.Jumlah keseluruhan wang derma yang telah disalurkan kepada saudara Ramli ialah sebanyak RM795.00.Dengan adanya tabung sebegini dapatlah warga sabahan membantu sesama sabahan diperantauan.






Read more...

Derma untuk saudara Yohanes

>> Thursday, December 23, 2010

Bantuan kebajikan warga sabah(BKWS) telah mengeluarkan wang tabung sebanyak rm200 ditambah dengan kutipan dari ahli yang belum berdaftar sebanyak rm238 pada 22 november 2010.Ini menjadikan jumlah derma yang diterima untuk pengurusan jenazah anak saudara Yohanes bin Rose sebanyak rm438.00.Dengan adanya tabung seperti ini dapatlah meringankan sedikit beban warga Sabahan yang bekerja di semenanjung.

Read more...

majlis pelancaran tabung

>> Saturday, February 13, 2010


UCAPAN TUAN PENASIHAT SAMBIL DIPERHATIKAN OLEH MANTAN PENGERUSI TKWS 2006 EN.UDINS DAN PENGERUSI BARU BANTUAN KEBAJIKAN WARGA SABAH 2010 EN.MAD SALLEH.

Read more...

IMBASAN PENUBUHAN TABUNG KEBAJIKAN TKWS 2006

>> Friday, February 12, 2010

PENUBUHAN TABUNG BERMULA DISINI


1)Perencanaan awal Tabung Kebajikan Warga Sabah ini ditubuhkan pada 14 november 2006 jam 11:45 pagi di kilang NEGM Shah Alam Selangor D.E.



2)Pada 15 november 2006,cetakan pertama borang kemasukan ahli T.K.W.S telah dibuat diciber cafe Taman SriMuda Shah Alam Selangor D.E.



3)Borang kemasukan Ahli T.K.W.S buat pertama kalinya telah diedarkan pada 16 june 2006 jam 10:45 pagi.



4)Sambutan dan sokongan awal dari warga Sabah yang bekerja disekitar Shah Alam cukup memberangsangkan.



5)Pada 21 november 2006,cetakan kedua borang kemasukan Ahli dan surat keterangan T.K.W.S diedarkan kepada semua Ahli yang belum mendaftarkan nama dalam tabung kebajikan ini.



6)Pada 22 november 2006 jam 8:55 malam bertempat di blok6 Andora Apartmen nombor 4-5,perbincangan dan soal jawab antara semua Ajk yang terlibat dalam pengurusan tabung kebajikan ini.



7)Pada 24 november 2006,satu mesyuarat diadakan bagi membincangkan agenda berbangkit dan jenis bantuan kemalangan jika ada perubahan.




8)Pada 10 december 2006,mesyuarat terakhir telah diadakan didewan orang ramai Taman SriMuda Zon B sebelum tabung kebajikan ini menjalankan operasinya.



Keterangan diatas merupakan detik awal T.K.W.S ditubuhkan organisasinya telah dibubarkan dengan rasminya pada 19 november 2009.Dengan pembubaran

T.K.W.S tidak bermakna tabung kebajikan ini telah berakhir.Kini tabung baru telah dilancarkan pada 10 february 2010 bagi menggantikan Tabung Kebajikan

Warga Sabah(T.K.W.S.).Tabung baru ini telah bermesyuarat pada 10 january 2010 jam 9:00 malam di dewan masyarakat Taman SriMuda Zon B untuk melantik Ajk baru sesi 2010/2011.Tabung baru ini diberi nama BANTUAN KEBAJIKAN WARGA SABAH(BKWS).

Read more...

SENARAI BANTUAN KEBAJIKAN WANG PERNAH DIBUAT OLEH TKWS 2006 HINGGA 2009

SENARAI BANTUAN KEBAJIKAN WANG PERNAH DIBUAT OLEH TKWS 2006 HINGGA 2009




Read more...

PELANCARAN TABUNG BKWS

>> Thursday, February 11, 2010

ATURCARA MINIT MESYUARAT BKWS SESI 2010 TAMAN SRIMUDA ZON B.

Tarikh:10 February 2010 jam 9:00 malam


Agenda mesyuarat


1) Rekod nama Ahli yang hadir dalam mesyuarat,(masa diambil 10 minit)


2) Buka pendaftaran kepada Ahli yang belum mendaftarkan diri dalam borang bkws.(15 minit)


3) Ucapan Pengerusi dan T.penerusi BKWS(10 minit)

En.Mad Salleh

En.Arwan Emot


4) Ucapan Penasihat BKWS(25 minit)

En,Ramli


5) Pelantikan Ajk BKWS SESI 2010/2011.(30 minit)


6) Soalan atau pertanyaan terbuka dari Ahli dan bukan Ahli bkws kemudian akan dijawab oleh Pentadbir tabung bantuan

kebajikan warga Sabah 2010.(35 minit)


7)Ucapan Mantan pengerusi TKWS 2006-2009

En.Udins dan En.Ramli.(35 minit)


8) Ucapan penutup oleh pengerusi RT dan Biro Keselamatan Taman SriMuda Zon B

En.Sapari dan En.Kashfi.(20 minit)


Catatan masa minit yang telah ditetapkan semasa mesyuarat BKWS berlangsung


9:00 HINGGA 9:10 MINIT MALAM


SELESAI REKOD NAMA YANG HADIR

9:10 HINGGA 9:25 MINIT MALAM


SELESAI UCAPAN PENGERUSI BKWS

9:25 HINGGA 9:50 MINIT MALAM


SELESAI UCAPAN PENASIHAT BKWS

9:50 HINGGA 10:20 MINIT MALAM


SELESAI SOAL JAWAB BKWS

10:20 HINGGA 10:55 MINIT MALAM


SELESAI UCAPAN MANTAN PENGERUSI TKWS

10:55 HINGGA 11:15 MINIT MALAM


SELESAI UCAPAN PENGERUSI RT DAN BIRO

KESELAMATAN

Ucapan penutup sebelum jamuan makan dan bersurai oleh Pengerusi RukunTetangga Taman SriMuda Zon B,En.Sapari


Ucapan penutup sebelum jamuan makan dan bersurai oleh Pengerusi RukunTetangga Taman SriMuda Zon B,En.Sapari

Ucapan pembukaan dimulakan oleh Tuan penasihat Tabung bantuan kebajikan iaitu En.Ramli diikuti ucapan seterusnya oleh Mantan Pengerusi TKWS 2006 hingga 2009 iaitu En.Udins dan kini menjadi Setiausaha Tabung bantuan kebajikan warga Sabah(BKWS)yang baru dilancarkan pada 10 february 2010.

Jamuan makan selepas mesyuarat dan pelancaran tabung selesai
Duduk disebelah kiri dan berbaju melayu inilah Pengerusi Tabung Bantuan Kebajikan Warga Sabah yang baru.Namanya ialah Mad Salleh berbangsa sungai Paitan beluran sandakan.
yang ni pulak Ajk tabung ini
Biro keselamatan Taman SriMuda Zon B En.Khasfi sedang memberi sedikit taklimat kepada warga Sabah tentang pentingnya perpaduan untuk kita semua sebagai rakyat Malaysia.








Read more...

BANTUAN DERMA IKHLAS

>> Saturday, January 23, 2010

Asalamualaikum dan salam satu malaysia.Tabung bantuan kebajikan warga sabah untuk mereka yang bekerja di semenanjung khususnya di shah alam amat dialu-alukan untuk menjadi ahli berdaftar didalam tabung bantuan ini.Tujuan tabung bantuan ini ditubuhkan semata-mata untuk membantu warga Sabah yang merantau kesemenanjung dari segi kebajikan jika terjadi sesuatu yang tidak diingini keatas warga Sabah.Sebagai contoh kes terbaru,seorang warga Sabah yang juga rakan sekerja dengan saya telah diminta oleh keluarganya untuk pulang keSabah dengan segera kerana adiknya kemalangan dan dalam keadaan kritikal.Sedangkan tiket untuk penerbangan kecemasan pada masa itu adalah RM487 ringgit.Kami cuba meminta pihak majikan tempat kami bekerja untuk meminjamkan wang namun pihak majikan kami hanya dapat memberikan pinjaman sebanyak RM300 ringgit sahaja.Kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana tabung bantuan kebajikan ini belum lagi dilancarkan,namun atas dasar semangat setia kawan kami sepakat menghulurkan derma ikhlas walaupun jumlahnya tidak seberapa.

Dibawah ini senarai nama warga Sabah yang sempat menghulurkan derma ikhlas kepada saudara Jaimbod sebelum beliau berlepas pulang ke Sabah pada hari yang sama.


Read more...

PENGERUSI BKWS

PENGERUSI BKWS

T.PENGERUSI BKWS

T.PENGERUSI BKWS

BENDAHARI BKWS

BENDAHARI BKWS

SETIAUSAHA BKWS

SETIAUSAHA BKWS

T.SETIAUSAHA 1

T.SETIAUSAHA 1

PENASIHAT BKWS

PENASIHAT BKWS

P.AKAUN

P.AKAUN

P.AKAUN

P.AKAUN

P.AKAUN

P.AKAUN

P.AKAUN

P.AKAUN

P.AKAUN

P.AKAUN

About This Blog

KETUA AJK BKWS

KETUA AJK BKWS

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

BELUM ADA(AJK)

BELUM ADA(AJK)

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

Lorem Ipsum

T.KETUA AJK BKWS 2010

T.KETUA AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

DANI(AJK)

DANI(AJK)

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP