PENGENALAN TABUNG BANTUAN KEBAJIKAN WARGA SABAH FASA1 2010


Tabung Kebajikan Warga Sabah (TKWS) yang ditubuhkan pada 2006 telah ditamatkan pada November 2009.Tabung ini banyak membantu warga Sabah yang bekerja di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Tabung TKWS ini bersifat tolong-menolong antara Sabahan yang ditimpa musibah seperti kematian ibu bapa,kemalangan ahli berdaftar dan juga kematian ahli.Sumbangan berbentuk derma ikhlas hanya akan dikutip oleh AJK TKWS jika ada ahli yang benar-benar ditimpa musibah seperti yang dinyatakan dalam borang kemasukan atau ketika pendaftaran ahli dibuat.Tabung Kebajikan Warga Sabah (TKWS) mempunyai 35 orang ahli jawatankuasa dan seramai 304 orang ahli berdaftar sehingga November 2009.TKWS ini juga banyak mengajar warga Sabah untuk saling bantu- membantu dan hormat-menghormati sesama rakyat Malaysia.Walaupun Tabung Kebajikan Warga Sabah (TKWS) ini telah pun dibubarkan Organisasinya pada November 2009,namun satu lagi Tabung Kebajikan Warga Sabah akan dilancarkan pada 10 February 2010. Tabung baru ini akan diberi nama Bantuan Kebajikan Warga Sabah”(BKWS).Bantuan kebajikan warga sabah ini akan dibuka pendaftarannya pada 01 February 2010 hari Isnin jam 8.00 pagi. Sila berjumpa AJK BKWS Srimuda Zon B.Warga Sabah yang bekerja sekitar Shah Alam amat dialu-alukan untuk menyertai tabung bantuan kebajikan ini demi kebaikan bersama.Yuran pendaftaran sebanyak RM 10 dan yuran keahlian untuk setahun telah ditetapkan sebanyak RM60.00(enam puluh ringgit sahaja).Pembayaran mestilah dijelaskan sepenuhnya ketika membuat pendaftaran.Pendaftaran akan dibuka selama seminggu dan tarikh tutup pendaftaran ialah pada 08 February 2010. Seminggu setelah pendaftaran ditutup pihak kami akan menghantar surat terus kepada ahli yang telah mendaftar.Dalam surat tersebut akan dilampirkan jumlah bantuan mengikut jenis kemalangan yang telah dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa tabung bantuan kebajikan ini.Semua yuran keahlian yang kami terima akan dimasukkan kedalam Bank dengan menggunakan akaun bersama.Pemegang Akaun Simpanan ini terdiri dari empat orang AJK yang telah dilantik oleh Pengerusi Bantuan Kebajikan Warga Sabah ini.Dalam jangka masa setahun jika tidak ada kes berlaku kepada ahli BKWS ini dan ada ahli yang ingin menamatkan keahliannya maka pihak BKWS akan mengembalikan yuran keahliannya selama setahun iaitu RM60.00. Bagi ahli yang ingin meneruskan keahlian ini, maka yuran pendaftaran akan dikenakan sebanyak RM:10.00 sahaja.Tetapi jika tabung bantuan ini telah memberi bantuan kebajikan lebih dari tiga kes maka yuran keahlian anda tidak akan dikembalikan. Kurang daripada tiga kes, separuh yuran akan dikembalikan. Pengemas kinian Akaun atau Pembentangan Akaun akan dibuat pada 08 Januari 2011 dan seminggu sebelum itu pendaftaran baru bagi tahun 2011 pula akan dibuka iaitu pada 01hb sehingga 07 Januari 2011.

AHLI JAWATANKUASA BKWS 2010

SILA KLIK DISINI UNTUK MELIHAT SENARAI VIDEO KAMI

Derma untuk saudara Yohanes

>> Thursday, December 23, 2010

Bantuan kebajikan warga sabah(BKWS) telah mengeluarkan wang tabung sebanyak rm200 ditambah dengan kutipan dari ahli yang belum berdaftar sebanyak rm238 pada 22 november 2010.Ini menjadikan jumlah derma yang diterima untuk pengurusan jenazah anak saudara Yohanes bin Rose sebanyak rm438.00.Dengan adanya tabung seperti ini dapatlah meringankan sedikit beban warga Sabahan yang bekerja di semenanjung.

0 comments:


PENGERUSI BKWS

PENGERUSI BKWS

T.PENGERUSI BKWS

T.PENGERUSI BKWS

BENDAHARI BKWS

BENDAHARI BKWS

SETIAUSAHA BKWS

SETIAUSAHA BKWS

T.SETIAUSAHA 1

T.SETIAUSAHA 1

PENASIHAT BKWS

PENASIHAT BKWS

P.AKAUN

P.AKAUN

P.AKAUN

P.AKAUN

P.AKAUN

P.AKAUN

P.AKAUN

P.AKAUN

P.AKAUN

P.AKAUN

About This Blog

KETUA AJK BKWS

KETUA AJK BKWS

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

BELUM ADA(AJK)

BELUM ADA(AJK)

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

Lorem Ipsum

T.KETUA AJK BKWS 2010

T.KETUA AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

DANI(AJK)

DANI(AJK)

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

AJK BKWS 2010

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP