PENUBUHAN TABUNG BERMULA DISINI
1)Perencanaan awal Tabung Kebajikan Warga Sabah ini ditubuhkan pada 14 november 2006 jam 11:45 pagi di kilang NEGM Shah Alam Selangor D.E.
2)Pada 15 november 2006,cetakan pertama borang kemasukan ahli T.K.W.S telah dibuat diciber cafe Taman SriMuda Shah Alam Selangor D.E.
3)Borang kemasukan Ahli T.K.W.S buat pertama kalinya telah diedarkan pada 16 june 2006 jam 10:45 pagi.
4)Sambutan dan sokongan awal dari warga Sabah yang bekerja disekitar Shah Alam cukup memberangsangkan.
5)Pada 21 november 2006,cetakan kedua borang kemasukan Ahli dan surat keterangan T.K.W.S diedarkan kepada semua Ahli yang belum mendaftarkan nama dalam tabung kebajikan ini.
6)Pada 22 november 2006 jam 8:55 malam bertempat di blok6 Andora Apartmen nombor 4-5,perbincangan dan soal jawab antara semua Ajk yang terlibat dalam pengurusan tabung kebajikan ini.
7)Pada 24 november 2006,satu mesyuarat diadakan bagi membincangkan agenda berbangkit dan jenis bantuan kemalangan jika ada perubahan.
8)Pada 10 december 2006,mesyuarat terakhir telah diadakan didewan orang ramai Taman SriMuda Zon B sebelum tabung kebajikan ini menjalankan operasinya.
Keterangan diatas merupakan detik awal T.K.W.S ditubuhkan organisasinya telah dibubarkan dengan rasminya pada 19 november 2009.Dengan pembubaranT.K.W.S tidak bermakna tabung kebajikan ini telah berakhir.Kini tabung baru telah dilancarkan pada 10 february 2010 bagi menggantikan Tabung Kebajikan
Warga Sabah(T.K.W.S.).Tabung baru ini telah bermesyuarat pada 10 january 2010 jam 9:00 malam di dewan masyarakat Taman SriMuda Zon B untuk melantik Ajk baru sesi 2010/2011.Tabung baru ini diberi nama BANTUAN KEBAJIKAN WARGA SABAH(BKWS).
0 comments:
Post a Comment