pengenalan tabung kebajikan warga sabah(TKWS)
>> Saturday, October 3, 2009
Perencanaan awal tabung ini telah dirancang pada 14 november 2006 jam 11:45 am di Shah Alam Selangor darul ehsan.Pada 15 november 2006 borang pertama kemasukan ahli tkws telah dibuat di ciber cafe srimuda shah alam.Borang pertama tabung kebajikan ini telah diedar pada 16 november 2006 jam 10:45am.Sambutan awal dari warga sabah yang bekerja disemenanjung cukup memberangsangkan dan ramai warga sabah yang menyokong penubuhan tabung kebajikan ini.Pada 21 november 2006 borang kemasukan ahli dan surat keterangan TKWS dikeluarkan.(cetakan kedua).Pada 22 november 2006 jam 8:55pm,soal jawab tentang tkws(tabung kebajikan warga sabah)diadakan di block 6 andora apartment.Selanjutnya pada 24 november 2006 mesyuarat buat pertama tabung kebajikan ini dibuat di dewan taska taman srimuda zon B.Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini terdiri dari jenis kemalangan atau kematian keluarga ahli disabah yang layak menerima pungutan derma.Tabung ini telah ditamatkan operasinya pada 3 march 2009 dan satu lagi tabung kebajikan akan dilancarkan untuk meringankan beban warga sabah yang bekerja disemenanjung malaysia khususnys di selangor. TATACARA PERLANTIKAN AJK TKWS 2006 1) Calon mesti sentiasa mengambil tahu setiap perkembangan ahli yang diberi borang kemasukan dan rajin bekerjasama dengan TKWS. 2) Calon mesti boleh menerima pendapat orang lain dan bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah ahli TKWS. 3) Calon sentiasa hadir pada setiap kali ada mesyuarat diadakan dan tidak selalu membuat alasan untuk tidak hadir dalam mesyuarat. 4) Calon mestilah orang yang berpengaruh kuat dan sentiasa berfikiran terbuka serta bijak mengendalikan kertas kerja yang diberi oleh pentadbiran TKWS. INFO: Ciri-ciri peribadi yang disebutkan diatas mesti ada pada diri setiap AJK TKWS yang akan dilantik untuk menguruskan tabung kebajikan ini. 1) Menerangkan pada setiap ahli tujuan utama tabung ini ditubuhkan dan matlamatnya dimasa akan datang. 2) Mengisi borang kemasukan ahli dalam TKWS hanyalah sekadar mendapatkan sokongan dan persetujuan untuk menghulurkan derma sekiranya ada kemalangan atau kematian dikalangan warga sabah yang bekerja disenanjung malaysia. 3) Menerangkan kepada semua ahli bahwa yuran bulanan tudak akan dibuat kecuali ada ahli yang ditimpah musibah barulah kutipan derma dari rumah kerumah akan dibuat. 4) Siasatan awal akan dijalankan terhadap ahli yang mengadu ditimpa musibah sebelum kutipan derma dijalankan dari rumah kerumah dilaksanakan oleh ahli jawatankuasa tetap TKWS. 5) Menerangkan kepada semua ahli TKWS tentang jumlah pungutan derma dan jenis kemalangan yang menimpa ahli tkws tersebut. 6) Warga sabah yang nama beliau tidak tersenarai dalam TKWS ini tidak akan dilayan. Pungutan derma sebanyak rm10 akan dibuat kepada semua ahli tkws berdaftar sekiranya ada ahli tkws yang meninggal dunia di semenanjung sahaja.Manakala ahli yang bercuti balik sabah tidak akan dibuat pungutan derma.Bagi ahli yang kemalangan jalan raya dan memerlukan kos perubatan melebihi rm1000 ringgit akan diberi bantuan berupa derma dari semua ahli tkws sebanyak rm7 ringgit seorang.PEMBERITAUHAN ASAS AHLI T.K.W.S
pemberitauhan kepada ahli tkws